Amanah Takaful membolehkan pampasan Takaful anda diagihkan kepada benefisiari mengikut Surat Ikatan Amanah — bukan hukum pusaka. Benefisiari bawah umur mendapat manfaat segera tanpa perlu tunggu proses pusaka selesai.
Kelebihan Utama
Pampasan Takaful anda diagih ikut kehendak anda sendiri — bukan mengikut undang-undang pusaka yang mungkin tidak selari dengan hasrat anda.
Pampasan Takaful tidak tertakluk kepada Hukum Faraid atau Akta Pembahagian 1958. Anda yang tentukan agihan.
Syarikat Takaful menyerahkan wang pampasan kepada RTB. RTB kemudian agihkan mengikut Surat Ikatan Amanah anda.
Anak-anak kecil mendapat manfaat segera. RTB urus wang mereka sehingga cukup umur — tiada risiko salah guna.
Dokumen SIA yang disediakan RTB adalah sah di sisi undang-undang Malaysia dan boleh dikemukakan di mahkamah.
Wang diagih mengikut SIA tanpa perlu tunggu proses pentadbiran pusaka yang boleh mengambil masa bertahun-tahun.
Nyatakan dalam SIA cara wang digunakan — pendidikan anak, perbelanjaan sara hidup atau lain-lain keperluan spesifik.
4 langkah mudah dari pendaftaran hingga pengagihan kepada benefisiari anda.
Anda melanggan Amanah Takaful dan RTB menyediakan Surat Ikatan Amanah mengikut kehendak anda.
Waris membuat tuntutan kepada syarikat Takaful dengan mengemukakan sijil kematian.
Syarikat Takaful menyerahkan wang pampasan kepada RTB sebagai Pemegang Amanah yang dilantik.
RTB mengagihkan wang mengikut terma Surat Ikatan Amanah yang anda tetapkan semasa hidup.
Fi yang berpatutan untuk perlindungan menyeluruh bagi pampasan Takaful anda.
| Perkara | Jumlah |
|---|---|
| Fi Pendaftaran | RM1,500 |
| Fi Pindaan Surat Ikatan Amanah | RM300 |
| Fi Pentadbiran / Pelaksanaan | 0.5% |
| Nilai Pindah Milik | Duti Setem |
|---|---|
| Sehingga RM100,000 pertama | RM10 |
| Melebihi RM100,000 ke RM500,000 | RM100 |
| Melebihi RM500,000 ke RM1,000,000 | RM500 |
| Melebihi RM1,000,000 | RM1,000 (maksima) |
Amanah Takaful RTB boleh digunakan bersama mana-mana syarikat Takaful yang anda sudah atau akan melanggan.